환 영합니다 hwangy0ng hamnida

환 영합니다 hwangy0ng hamnida

~사랑해요!~

Thursday, June 30, 2011

Versus :: Hlovate

As-salam..

oryte.. hari ni khatam la sdah aku bce cyte Versus written by Hlovate. Actually lao novel Melayu memang aku akn hanya layan Hlovate nye nukilan.. sebabnye cre penulisan dye ringkas, senang faham, lite walauade certain-certain nye berkisar kepada spiritual and Holistic.. X kesahla sebab aku dah terbiasa dengan penceritaan dye yang macam tu.. Best sebenarnye sebab sambil membaca untuk meringankan minda, ada gak hasilnye untuk santapan minda and sambil itu ade gak untuk memperingati diri sendiri yang kadang-kadang hanyut gak dalam "kenormalan" masyarakat sekeliling..

sambil-sambil itu ade gak dalam karya Hlovate yang ni diselitkan dengan unsur-unsur harmonious relationship with families, spouse, friends.. and sambil-sambil cyte pasal harmonious friendship nye relation tu, ade gak diulas sekali mengenai border atau batas-batas dalam pergaulan diantara seorang muslimah and muslimin.. yang paling best, setiap teguran nye ade penyokong kuat melalui sisipan-sisipan tafsiran ayat-ayat Al-Quran, hadith-hadith, quotes from religious books macam Maryam: an examplary muslim woman karya Harun Yahya, Virtues of Quran by Sheikh Abdul Qadir, Principles of Marriages and Family Ethics by Ibrahim Amini, and banyak lagila.. but mostly Hlovate gne Quran nye tafsiran surah-surah and hadith.. 



Yang teramat best nye plak bile Hlovate letting down the meanings of all the surah that Hlovate use in the novel macam surah untuk memujuk diri kita seperti Ad-Dhuha and Al-Insyirah.. Al-Mulk pun sbb surah Al-Mulk memberikan keyakinan pada diri kita..

kat sini, i'll put down some of the meaning for each surah that i'd stated above:

Ad-Dhuha
*ayat 3- 5..



(3) (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

(4) Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

(5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. 



Al-Insyirah
*ayat 1 - 8...

1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?
2. Dan mengangkat bebanmu dari (pundak)mu,
3. Yang telah memberatkan punggungmu?
4. Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?
5. Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,
6. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.
7. Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras!
8. Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!


Al-Mulk
*ayat 5, 12 - 14...



(5) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang. 


(12) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

(13) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

(14) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 



*****

okies.. back to the novel...

Hlovate dalam setiap novel beliau gak menceritakan perihal kehidupan manusia yang sebenarnya yang sedang berlaku dimana, seseorang yang menjalani almost all of the Amar Makruf Nahi Mungkar akan dikatakan tidak cool berbanding yang layan skates, bike, and bnyk lagi lah.. sebabnye dari segi fashion je yg sebetul-betulnye menutup aurat akan mengenakan pakaian yang memang x leh nampak lah aurat tu berbanding yang pakai tudung p pakai T.. ni bukan nk mengata.. #sorry kalau ade yang terase# here, i just stated the truth from the view seorang muslim though i'm not perfect at all.. p insyallah akan sentiasa berusaha ke arah kebaikan..
Selain tu, beliau gak ade huraikan serba sedikit mengenai pergaulan sesama manusia by gender though bukan satu muka surat penuh.. p bile kte bace akn trase impak nye sbb bukan orang laen, me myself pun kadang-kadang terbuat gak bertepuk tampar suke-suki dengan yang bukan mahram sebab dah terbiasa dengan aliran yang macam tuh.. bagi orang lain melalui pandangan yang tidak mengikut hukum Allah, bnde tu sume nye biasa and normal.. tapi bile dilihat melalui sudut hukum Allah, bersentuhan terhadap yang bukan muhrim adalah berdosa.. 


senang cyte, u guys g la jenguk karya-karya Hlovate kat laman-laman sesawang beliau:

1. hlovate

2. hlovatehikayat
3. hlovatetalk
4. hlovatetulis




pesananku :: RUGI TAK BACA BUKU KARYA BELIAU.. =)


Experiencing the world...

No comments: