환 영합니다 hwangy0ng hamnida

환 영합니다 hwangy0ng hamnida

~사랑해요!~

Thursday, February 14, 2013

Kosong = Empty

As-salam..

mmg lama giler la aku x update blog ni.. bukannye xnak update.. and bukan jugak sebab lupa ade blog.. tapi aku rasa macam xda masa nak update.. skarang ni aku update pun sebab baru dapat masa nak update..

tapi reason yang paling utama sebab aku x tahu nak luahkan rasa hati ni kat sapa.. sebab tu aku ambik masa lunch ni untuk update blog aku ni yang dah bersawang dengan rumah si labah-labah..

hari ni aku rasa sangat kosong.. mungkin sebab aku x jumpa apa yang aku nak.. atau mungkin jugak sebab kecewa bila apa yang aku rancang x menjadi.. atau mungkin jugak sebab aku rasa x berteman.. x berteman bukanlah maksud aku xde kawan.. officemate aku ade je.. die orang sume okies je ngan aku and aku pun okies jugak dengan mereka.. mereka ada je dengan aku tapi still aku rasa kosong and mencari.. tapi apa yang dicari, aku sendiri pun x tahu..

adakah ini semua sebab apa yang telah aku lakukan sebelum ini? aku pun tak tahu.. apa yang aku tahu, aku memang sedang mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa sebenarnya.. persoalan yang muncul dalam minda aku sekarang ni, adakah aku jadi macam ni sebab aku selama ni tak pernah untuk berbuat perkara yang betul bagi seorang muslimah? anak? adik perempuan? kakak? saudara?

aku banyak buat salah.. aku tahu itu.. tapi kenapa sekarang ni aku tak terasa nak buat semua benda tu lagi? kenapa? tapi sekarang ni jugak aku bukan berada di dalam keadaan yang membolehkan aku dikatakan sebagai seorang yang berubah.. aku tak pasti.. persoalan demi persoalan muncul didalam sanubari aku and bermain di minda aku.. seolah-olah aku tak boleh memikirkan perkara lain kecuali kekosongan yang aku alami sekarang ni..

aku sendiri tidak pasti apa yang harus aku lakukan.. kepada siapa harus aku luahkan? aku mahu mengadu kepada Nya, tetapi layakkah aku setelah apa yang telah aku lakukan? aku telah menyusahkan banyak pihak.. aku telah membebankan banyak orang.. aku telah menzalimi diri aku.. aku telah menzalimi saudara permpuan ku.. aku telah menzalimi isteri seorang suami.. banyak perkara yang salah telah aku lakukan.. Layakkah aku diterima olehNya?

aku mahu mengadu kepadaNya.. namun aku takut.. aku takut tidak diterima diri aku ini..

Apa yang harus aku lakukan? 


apa yang harus aku laksanakan?

kemana hala tujuku yang sebenar?


dimana harus aku pergi?

kepada siapa harus aku luahkan segalanya?

bagaimana aku harus membetulkan segalanya?



persoalan demi persoalan timbul dibenak fikiran aku sekarang ni.. namun satu pun tidak ku tahu jawapan nya.. mungkin aku tahu tapi aku takut untuk menerima nya sebagai hakikat.. aku takut.. sebenar-benarnya memang aku takut..



sampai sini je la apa yang hendak aku luahkan sebab aku tak boleh nak luahkan dalam perkataan sangat.. aku bukan penulis.. aku juga bukan pelukis yang boleh melakarkan perasaan aku sekarang ini.. aku cuma manusia biasa yang sering berbuat silap dan ingin kembali ke jalan yang lurus.. namun aku sendiri masih lalai dan tidak dapat menerima segala yang telah terjadi seadanya.. aku Khilaf..

andai ada teguran yang nak diberi atau nasihat, silakan.. saya amat menghargainya..



















Experiencing the world...

No comments: