환 영합니다 hwangy0ng hamnida

환 영합니다 hwangy0ng hamnida

~사랑해요!~

Monday, February 6, 2012

Mutiara Kata

As-Salam..

Update kali ni just saje nak share mutiara-mutiara kata yang siambik dari buku2, majalah2, dan tak kurang juga dari petikan kata2 orang2 disekeliling saye..

setiap kata2 ini mempunyai maksud yang setiap dari kita tafsirkan dengan pelbagai andaian mengikut kehendak kita dan hanya segelintir yang memberikan penjelasan yang sebenar mengenai mutiara kata ini..

* yang ni lecturer saye slalu ckp lam kelas mse study dolu..

Semalam merupakan sejarah,
Hari ini merupakan Kenyataan,
Esok merupakan Masa Hadapan...


= ape yang dye cakap : "semalam yang sejarah ambik jadi pedoman supaya tak melakukan kesilapan di hari ini dan setiap yang berlaku hari ini, haruslah diperbaiki untuk hari esok.. maknanye, setiap kesilapan yang kita buat, hendaklah kita perbaiki supaya kita bleh upgrade diri kita menjadi seseorang yang lebih elok berbanding semalam.. Wallahualam..

* yang ni dapat dari salah satu buku ilmiah yang pernah dibaca..

Sesungguhnya hati orang yang Bodoh itu dimulutnya,
tetapi hati orang yang Bijakasana ada di hatinya..

= ape yang boleh dihuraikan melalui mutiara kata ini bagi saya adalah seseorang yang kurang ilmunya akan sering bercakap sesuatu yang tiada kepastian dan kesahihan dalm percakapannya.. dan orang yang bijaksana akan menggunakan pemikiran akal yang waras ditemani hati yang ikhlas apabila menuturkan sesuatu perkara.. dan orang yang bijaksana akan sering berdiam diri andai tiada yang perlu diucapkan..

* yang ni plak dapat dari blog member..

Jangan berbangga dengan pujian teman kerana disebalik pujian itu terselitnya satu kejian..

= Yang ni kiranye double meaning la.. pandai2 la diri sendir mentafsirkan ye sebab kita boleh je faham maknanye dari pembacaan ayat ni berulang-ulang kali.. :)

* mutiara kata ni dari seorang teman semasa satu event..

Andai kita tak dapat menjadi garam untuk menahan daging dari busuk, 
Janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging..

= this one pernah jugak diucapkan oleh Pak Su saye satu mase dolu.. maksudnye, andai kita tak bisa menjadi penambah, jangalah pulak kita menjadi penghalang.. kiranye ayat ni memnunjukkan supaya kita mesti berfikiran yang matang untuk tidak menyusahkan yang lain andai kita tak tahu mengenai sesuatu perkara tersebut.

## hurm.. untuk entri kali ni, tu je la yang boleh saye kongsikan.. InsyaAllah lain hari nanti saye sambung balik mutiara kata ni.. lastly, Yang Baik tu datangnye dari Allah SWT dan yang buruk serta kurang tu datangnye dari saye sendiri.. Wallahualam..





Experiencing the world...

No comments: